Sunday 3 June 2012

Janda Yang Comel..

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Alip. Alip ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Alip yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Alip pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.


Fitri, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Alip kerana dia ada calon yg sesuai untuk Alip. Alip sungguh gembira bila mengetahui calon yang Fitri nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Fitri supaya Alip menerima pilihannya.

“Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Fit ??” tanya Alip.
“Kau tu pun bukannya tua sangat Alip, baru 26 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Fitri membodek Alip. “Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata Fitri lagi
.
“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam” kata Alip tanpa berfikir panjang. Fitri pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Alip.
“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Fitri kepada Alip. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Alip, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Aida nama bakal isteri Alip. Hari tu Alip sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Fitri disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Alip.
Alip segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Alip disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Alip dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Alip, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Alip pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Alip bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Alip mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Alip, baru la Alip sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
 
“Fittreiiiiiiii!!!!!!” jerit Alip sambil berlari keluar mencari Fitri. Fitri yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Alip. ” Kau tipu aku Fitttt!!!” jerit Alip sambil mencekik leher Fitri.
“Tipu apa plak???” tanya Fitri bingung.
“Kau kata 18thn!!!!” balas Alip.
“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn…tapi dia dah menjanda 18thn!!!”
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!”

(p/s : Lain kali dengar betul-betul)

No comments:

Post a Comment