Sunday 3 June 2012

MPV BARU..RUGI X BELI

Semalam (15 November 2008) Honda sekali lagi membuat kejutan dengan pengeluaran MPV terbaru syarikat mereka. MPV yang dinamakan Supernova ini dijangka menjadi pesaing hangat buat Proton kerana harga jualan yang jauh lebih murah iaitu hanya RM 5,000 dengan jumlah muatan seramai 12 orang atau lebih…
Lihat gambar di bawah…

Janda Yang Comel..

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Alip. Alip ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Alip yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Alip pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.


Fitri, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Alip kerana dia ada calon yg sesuai untuk Alip. Alip sungguh gembira bila mengetahui calon yang Fitri nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Fitri supaya Alip menerima pilihannya.

“Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Fit ??” tanya Alip.
“Kau tu pun bukannya tua sangat Alip, baru 26 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Fitri membodek Alip. “Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata Fitri lagi
.
“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam” kata Alip tanpa berfikir panjang. Fitri pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Alip.
“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Fitri kepada Alip. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Alip, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Aida nama bakal isteri Alip. Hari tu Alip sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Fitri disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Alip.
Alip segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Alip disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Alip dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Alip, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Alip pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Alip bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Alip mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Alip, baru la Alip sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
 
“Fittreiiiiiiii!!!!!!” jerit Alip sambil berlari keluar mencari Fitri. Fitri yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Alip. ” Kau tipu aku Fitttt!!!” jerit Alip sambil mencekik leher Fitri.
“Tipu apa plak???” tanya Fitri bingung.
“Kau kata 18thn!!!!” balas Alip.
“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn…tapi dia dah menjanda 18thn!!!”
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!”

(p/s : Lain kali dengar betul-betul)

ANAK PEKENA PAPA

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
“Nenek, mana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
“Dimana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
“Di mana Papa dan Mama?”
“Masih di dalam bilik” jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!” tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”

TIPS PEPERIKSAAN

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.
Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, “Apa yang kamu buat tu?” Pelajar : “Saya sedang semak jawapan saya.”

Doktor dan Ibu

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
“Prangggggg!!!” Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, “Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.”
“Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia,” kata doktor tersebut dengan sinis.”

(p/s : Tua la, lain kali ajar anak dok diam-diam kalau berkunjung ke umah orang)

BLACKBERRY SAPE NIH?

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Blackberry di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“Emmm… ”
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”
“Berapa harganya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2007 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…”
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

SUSU EXPIRED..

Kat kampung aku ada sorang pemuda umor dalam 20an nikah kawin ngan makcik yg umor jauh lebih tua darinya,,(yang macam dok bising dalam surat khabar tu) ntah cemana la dia bole minat ngan makcik tu, aku rasa sbb makcik byk lembu kerbau tanah kut
Nak jadikan cerita selepas ke esokan je dia nikah pemuda tu tiba2 mengadu sakit perut, berlanjutan sehingga beberapa minggu beliau tak dapat menahan sakit perut yg teramat,, lalu dia pun pegi jumpa bomoh kampung,, kata bomoh kampung takde la pulak kena buatan orang ke santau ke,, namun setelah mengalami sakit berminggu2 nak jadikan cerita beliau pun meninggal dunia,,,
Sebelum jenazah beliau di kebumi, macam biasa lah hantar mayat hospital untuk postmortem,, dan baru lah orang kampung tau yang beliau mati bukan apenya,,, kerana minum susu yang dah EXPIRED……
*citer ni takder kena mengena yg hidup atau yang dah tak lama nak hidup, rekaan semata2