Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku
perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia
agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia
nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling
memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, “Kenapa
dengan sudu tuh?”
“Sebenarnya”, dia menerangkan, “bos kami baru lepas mengupah
juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan
mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh.
Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami
lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja
pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif”.
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi
telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. “Nanti saya pergi ambil
sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan
masa sekarang”.
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, “Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?”
“Boleh, apa salahnya!” Selepas itu dia merendahkan suaranya. “Tak semua orang perasan benang ni.”
“Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan
masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami,
kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini,
kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini
dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi
“Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik
kedalam seluar?”
“Sebenarnya,” dia membisik, “saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.”
No comments:
Post a Comment