Sunday 3 June 2012

MPV BARU..RUGI X BELI

Semalam (15 November 2008) Honda sekali lagi membuat kejutan dengan pengeluaran MPV terbaru syarikat mereka. MPV yang dinamakan Supernova ini dijangka menjadi pesaing hangat buat Proton kerana harga jualan yang jauh lebih murah iaitu hanya RM 5,000 dengan jumlah muatan seramai 12 orang atau lebih…
Lihat gambar di bawah…

Janda Yang Comel..

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Alip. Alip ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Alip yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Alip pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.


Fitri, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Alip kerana dia ada calon yg sesuai untuk Alip. Alip sungguh gembira bila mengetahui calon yang Fitri nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Fitri supaya Alip menerima pilihannya.

“Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Fit ??” tanya Alip.
“Kau tu pun bukannya tua sangat Alip, baru 26 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Fitri membodek Alip. “Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata Fitri lagi
.
“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam” kata Alip tanpa berfikir panjang. Fitri pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Alip.
“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Fitri kepada Alip. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Alip, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Aida nama bakal isteri Alip. Hari tu Alip sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Fitri disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Alip.
Alip segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Alip disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Alip dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Alip, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Alip pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Alip bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Alip mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Alip, baru la Alip sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
 
“Fittreiiiiiiii!!!!!!” jerit Alip sambil berlari keluar mencari Fitri. Fitri yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Alip. ” Kau tipu aku Fitttt!!!” jerit Alip sambil mencekik leher Fitri.
“Tipu apa plak???” tanya Fitri bingung.
“Kau kata 18thn!!!!” balas Alip.
“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn…tapi dia dah menjanda 18thn!!!”
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!”

(p/s : Lain kali dengar betul-betul)

ANAK PEKENA PAPA

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
“Nenek, mana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:
“Dimana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
“Di mana Papa dan Mama?”
“Masih di dalam bilik” jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!” tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”

TIPS PEPERIKSAAN

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.
Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, “Apa yang kamu buat tu?” Pelajar : “Saya sedang semak jawapan saya.”

Doktor dan Ibu

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
“Prangggggg!!!” Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, “Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.”
“Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia,” kata doktor tersebut dengan sinis.”

(p/s : Tua la, lain kali ajar anak dok diam-diam kalau berkunjung ke umah orang)

BLACKBERRY SAPE NIH?

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Blackberry di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“Emmm… ”
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”
“Berapa harganya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2007 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…”
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

SUSU EXPIRED..

Kat kampung aku ada sorang pemuda umor dalam 20an nikah kawin ngan makcik yg umor jauh lebih tua darinya,,(yang macam dok bising dalam surat khabar tu) ntah cemana la dia bole minat ngan makcik tu, aku rasa sbb makcik byk lembu kerbau tanah kut
Nak jadikan cerita selepas ke esokan je dia nikah pemuda tu tiba2 mengadu sakit perut, berlanjutan sehingga beberapa minggu beliau tak dapat menahan sakit perut yg teramat,, lalu dia pun pegi jumpa bomoh kampung,, kata bomoh kampung takde la pulak kena buatan orang ke santau ke,, namun setelah mengalami sakit berminggu2 nak jadikan cerita beliau pun meninggal dunia,,,
Sebelum jenazah beliau di kebumi, macam biasa lah hantar mayat hospital untuk postmortem,, dan baru lah orang kampung tau yang beliau mati bukan apenya,,, kerana minum susu yang dah EXPIRED……
*citer ni takder kena mengena yg hidup atau yang dah tak lama nak hidup, rekaan semata2

TAMBAH LAGI SORANG, BARU JADI LAPANG!

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di
kampung. Tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli
keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun
berkata,
Ibu : Guane nih…..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah : Betul jugok. Guane nok buak nih ?. Lamo dok sapa
kampong.
Ibu : Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik
do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak
menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh
orang. Tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata,
Anak : Abah, Umi…..Awang tau doh guane nok buak. Kite sekarang
ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi, baru jadik ‘LAPANG’…!!!

KARANGAN BUDAK DARJAH 4 (KISAH BENAR)

kemalangan ngeri yg pernah awak saksikan.
( soalan peperiksaan darjah 4 )
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana
tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke
pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak
saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ‘Adoi!’.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan
melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu
terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori
dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta
maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori
itu menjerit ‘Adoi..!’ dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu
dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

Agak-agak aaa...

Suatu hari Wan dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa… Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam.
Wan : ” Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni”
Isteri : "Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke”. Dengan perasaan marah Wan berkata ” Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau”. Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul. Wan: ” Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu” Wan keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. Ada accident la encik. kata sorg mat rempit. Lalu Wan pun menjerit ” Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa! Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati Wan berbangga dan berkata “menjadi juga idea aku ni” Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya Wan matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu…
Wan meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya Dalam hati dia berkata Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!!

Lain kali jgn wat cenggini k...memalukan diri sendiri...hua hua hua

PANDANGAN AH CHAI BAB STICKER KETA!

Sticker..1:
+———————————+
BABE ON BOARD
+———————————+
Babe bermaksud perempuan cantik serupa itu Maya Karin, Erra Fazira, Yasmin Hani (wachaa!) dan lain-lain perempuan cantik lagi. Wa talak paham mengapa ada perempuan tak cantik tetapi masih mau menipu orang ramai dengan menggantungkan sticker “Babe On Board” di cermin belakang kereta mereka. Wa mau honk!honk! keleta tepi meleka pun talak mood setelah melihat lupa meleka. Manyiak jahat. Adakah meleka tiada belasa malu? Apakah meleka tidak memikirkan pelasaan ibubapa meleke dengan pelbuatan keji meleka itu? Bagaimana pula dengan pelasaan pemandu2 lain yang kuciwa melihat tiada babe on board pun? Sedey teramat…sob..sob…*Bitch!*
Ingatlah pemandu-pemandu sekalian. Sekilanya lu bukan seolang babe, sila jangan tampal ini stickers pada keleta anda. tidak baik menipu olang lamai. Begitu jua, walaupun sekilanya lu betul2 seolang babe, lu tidak perlu menampal ini sticker kelana if u’re a babe on board, we will know. *Honk! Honk!!!*
p/s: The “Babe” here is not in any way referring to Babe the Ignoramus (or whatever she call herself nowadays) yang sering boleh dilihat berkeliaran di dalam wa punya luangan tikus keji. Halap maklum.
***
Sticker..2:
+———————————+
IF YOU THINK THIS CAR IS CUTE,
WAIT TILL YOU SEE THE DRIVER
+———————————+
Most of the time I seeing the car is cute but the driver no cute.
Can u blame them? Yes.
Bagaimana sekilanya I thinking the car is NOT cute (ie ugly!), adakah belmaksud pemandu keleta itu jua sama tidak cute (ie ugly!) ?
Can u still blame them? Yes.
Sungguh mengelirukan itu makna sticker. Kepada meleka2 yang terbabit, wa merayu. Tolonglah jangan tampal ini maciam punya “ohh..I’m cute!” dan “I’m furny” stickers pada bampar atau cermin keleta anda. Lu hanya memalukan dili sendiri. It is not cute, it is not furny. Only u yourself thinking that way yang hanya menipu dili sendiri dan jua olang lamai.
***
Sticker..3:
+———————————+
DREAMCHASER
+———————————+
Riteeeeee… Kepada para pemilik ini stickers, i only wish u all the best in chasing your dreams. Just dont bugging me anymore i dowan to buy your toothpaste and whatever else u have for sale nor do i want to sign the membership forms.
***
Sticker..4:
+———————————+
I DONTGOTO UNIVERSITY
+———————————+
Wa lasa kemungkinan besar university ini adalah universiti yang paling terbagus di dunia. Universiti ini telah melahirkan lamai olang2 yang beljaya di dalam kehilupan. Kemanyiakkan meleka yang menampal sticker ini adalah pada keleta mercedes dan jua keleta2 mewah. Wow! I want to go studying in this university too!! *Snore*
***
Sticker..5
+———————————+
MY CAR IS NO FERRARI
BUT NEITHER IS YOURS
+———————————+
Pemilik keleta ini mungkin belasa bahawa sticker ini sangat cool. Sticker ini sebenarnya adalah sangat tidak cool. Sticker ini hanya mempamerkan kelendahan IQ pemilik keleta ini. Lu ingat olang talak tau apa maciam lupa fellali aa?? Semua olang pun tauuu fellali lupa maciamana lar. Semua olang pun tau lu talak bawak fellali. Tidak perlu canang satu lebuhlaya maahh. Ini sorhai bikin malu dili sendili sahaja.
***
Sticker..6
+———————————+
WHEN I GROW UP I WANT
TO BE A FERRARI
+———————————+
The owner of the car with this sticker is definitely need to glow up. He thinking he so cool but ekcelli he is loser. Please dont be a loser. Peel the sticker off your Kelisa, ok!
***
Sticker..7
+———————————+
AKU HIDUP DALAM BLUES
+———————————+
Sticker keji ini ada gambar katun itu mamat “Aku Hidup Dalam Blues”. Sungguh keji. Wa lasa selupa mau baling wa punya selipar sama itu driver. Kita patut pukul ini olang belamai2 sehingga dia insaf. Terdapat satu lagi version iaitu BLUES UNTUK AKU. Ini pula katun minah bertudung tetapi berpakaian baju manyiak ketat nampak shape badan. Wa pun talak belapa paham itu makna “blues untuk aku”. Wa lasa meleka salah cetak sepatutnya “Aku Hidup Dalam Blue Movie” atau “Blue Movies Untuk Aku” lebih bermakna. Porns are keji.
***
Sticker..8
+———————————+
HONDA. THE POWER OF DREAMS
+———————————+
Ini pun wa lasa salah cetak jua. Sepatutnya adalah Honda. The Power of Dreaming. Ini adalah kelana untuk dreaming kita perlu tidur. Selepas tidur dan dreaming, balu keesokan hali badan ada powah tenaga. Sekilanya tidak cukup tido, tiada powah untuk pergi kerja pun.
***
Sticker..9
+———————————+
FOUND MY DREAM JOB
AT JOBSTREET.COM
+———————————+
Sticker ini banyak kelihatan pada teksi-teksi sekitar Wilayah Persukutuan Kuala Lompo. Wa pun tamau manyiak cakap.. Lu sendili boleh pikir.
***
Sticker..10
+———————————+
YOU KISS YOU PAY
+———————————+
Sticker ini menelangkan bahawa lu perlu bayar selepas lu cium dia. Jelas terbukti bahwa pemilik ini keleta mempunyai ciri2 seolang enterprenur. Belia mau menjadi seolang whore yang mempunyai bisness model yang lain dali yang lain -The Mobile Whore- Of cos have to start small-small first. So pakai kancil dulu dan berniaga kecil-kecilan dengan melonda2 mencari pelanggan. Vely good business strategy! Apabila bisness sulah berkembang maju, balu lah boleh menambahkan service2 lain kepada pala pelanggan. Apabila sulah kaya laya kelak, balu boleh angkat itu keleta Missbitchi Ewo 7…Keleta idaman setiap ahbeng2 seluluh dunia. Namun begitu, wa ingin mengingatkan lu olang bahwa menjadi whore adalah plofession yang keji.
***
10 Stickers diatas telah wa kenalpasti sebagai sticker keji. Polis dan JPJ sepatutnya menjalankan tanggungjawab meleka dengan menyaman pengguna stickers di atas kesalahan menjadi memandu keleta bersticker keji. Namun begitu…….
The Kejiest Sticker Award goes to…..
+———————————+
hubby/boifren name
LOVES
wife/gilfren name
+———————————+
Yup..Sticker laki bini atau boyfren gelfren ini tersangat lah keji. I’m speechless ok? Sesiapa yang didapati memakai sticker ini patut dipukul belamai2 sehingga meleka insaf.
Kita hilup bermasyarakatan tidak elok membuat sesuatu yang di luar nilai-nilai mulni yang telah di ajar di sekolah lendah sehingga pelingkat sekolah menengah. Sekilanya lu olang ada lasa mau tampal sticker, sila minta pandangan plofessional wa dahulu, kelana dikhuatili lu olang akan tersalah beli sticker keji yang akan menyebabkan lu pun menjadik keji jua

MAK CIK TUA BERMISAI

Ada Seorang Wanita Tua Yang Sedang Naik Bas Express Dari Kota Kibalu Ke Sandakan (sabah).
Dalam Menempuhi Perjalanan Yang Lamanya Lebih Kurang 5-6 Jam Baru Sampai Ke Destinasi.
Sesampainya Di Kundasang, Wanita Tua Itu Tetiba Nak Buang Air Kecil, Tapi Wanita Tua Itu Berkata Dalam Hati
“Nantilah Sampai Kat Ranau Baru Buang Air Kecil”.
Dalam Perjalanan Dari Kundasang Ke Ranau, Tetiba Ada Trafik Block (Road Block). (So Faham2 ler Klau Road Block Bermakna Jalan Jem N Ambil Masa).
Tahan Punya Tahan, Wanita Tua Itu Pun Terkencing Dalam Bas. Ketika Dia Kencing, Serpihan Kencing Itu Terkena Pada Seorang Pegawai Polis Yg Sedang Buat Pemeriksaan Di Bawah.
Dengan Rasa Marah Pegawai Polis Tersebut Naik Ke Atas Bas. Lalu Berkata Dengan Penumpang
“Siapa Tadi Yang Meludah Kebawah Sehinggakan Aku Pun Terkena Ludahannya Itu?”
Maka bangkitlah Wanita Tua Tadi “Saya Tuan”.
Pegawai Polis Itu Pun Berkata “Ah, Kau Diam Wanita Tua. Bukan Kau Tadi Yang Ludah Aku Sebab Aku Nampak Yg Ludah Aku Tadi Bermisai!!!”

IBU YANG TERSALAH FAHAM ANAK

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..
Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak… Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:………..
SEX:…………
Class:……….
Subject:……….

MAT PUNK KACUKAN BURUNG KAKAK TUA

Kejadian ini berlaku di Zimbabwe, Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. “Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”
Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku.”

SALAH KUNCI DER!

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN PANGLIMA : Maaf…panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

BERHATI-HATI MAKAN DI NASI KANDAR!

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, “Kenapa dengan sudu tuh?”
“Sebenarnya”, dia menerangkan, “bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif”.
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. “Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang”.
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, “Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?”
“Boleh, apa salahnya!” Selepas itu dia merendahkan suaranya. “Tak semua orang perasan benang ni.”
“Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi “Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?”
“Sebenarnya,” dia membisik, “saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.”

BENDA YANG X PATUT ALIP BUAT!

Alip pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada… Maaf ya Encik.” Alip menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Alip.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Alip terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut…

KEJADIAN TAK SOLAT JUMAAT!

Kebiasaanya pada hari jumat, Andy selalu menjerat burung di dalam hutan.  So solat jumaat gerenti dia x pergi..Untuk pengetahuan korang, kalau korang x g solat jumaat lebih dari 3 kali, pintu hati korang akan ditutup tau..so jgn tiru perangai andy ni..dalam masa dia dok asyik menjerat burung dalam hutan, tiba-tiba dia terlihat seekor harimau elok ja dok usyar dia, dia dah gabra..so dia lari la, tunggu apa lagi, xkan plak nak ajak rimau tu sembang-sembang kot..rimau tu pun negjar la dia..andy ni plak terjatuh dan berguling-guling dan dijadikan cerita kaki dia pun terseliuh la plak..so rimau tu pun dah dekat, saspen ni...(jap jap, aku minum air dulu...)

aku sambung balik, so rimau tu pun dah dekat..si andy ni pun takot-takot la..so dia pun menadah tangan lalu berdoa, "Ya Tuhan, Kau jadikanlah harimau ni harimau yang beriman dan baik", amin..Tiba-Tiba.....Jeng..Jeng..Jeng... ada kilat-kilat beb menyambar harimau tu...harimau tu datang ke andy lalu mengusap kepala andy..sungguh lembut usapan tu..sempat plak harimau tu senyum-senyum kat andy..dan harimau tu pun menadah tangannya dan berdoa "Allahumabariklana fima razaktana waqina azabannar" amin...

Hahaha..sempat baca doa makan sebelum makan..haha..gelak la woi..gelak biar ikhlas..penat jari aku taip tau tak!

BUTA HURUF KA BUTA PERUT!

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, lagipun saya kena menghadiri interview, dan ada ujian buta huruf..akhirnya dapat juga saya membacam...yes!!!!,” kata lelaki itu dengan riang.

BLACKOUT!

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
"Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali"

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya…. dan perpanjangan..
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa" katanya
Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..
"Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya BLACKOUT, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa

KAWAN YANG BANGANG

Fitri,Wan dan Alip sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga terlepas keretapi yang hendak dinaiki.
Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari pecut mengejar keretapi tersebut.
Macam filem stunt, Alip dan Wan berjaya juga lompat dan menaiki keretapi tersebut tetapi Fitri tak dapat naik.
Walau macamanapun Fitri kelihatan ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling tepi landasan. Pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi berasa pelik dan menghampiri Fitri..
Pekerja KTM: “Kenapa encik ketawa? Bukan ker encik tak berjaya mengejar keretapi tadi?
Fitri:”Sebenarnya yang naik keretapi tadi saya seorang, diaorang berdua hanya hantar jer…wakakakak”

Playboy Ker?

Tunang Alif, Ayu namanya, menelefonnya untuk
memutuskan pertunangan mereka.
Alif : Mengapa?
Ayu: Saya dah bosan ngan awak. saya dah
ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.

Alif: Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana
satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri.
Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Ayu: Erkkkkkk…….. Benci ………

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA..ALAMAT?

Seorang lelaki yg sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata ” tolong…tolong….rumah saya terbakar..”
Staff di pejabat bomba menjawab ” awak tinggal di mana?”
Lelaki itu menjawab ” saya terlalu takut…saya tak bole nak bagitau alamat nya..”
Bomba bertanya “bagaimana kami mau kesana?”
Lelaki itu menjawab dengan marah “Bagaimana?..bodo la ko ni…naik la lori bomba korang tu”

BLACK MAGIC

Rumahtangga Leha dan Meon selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Meon. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Meon terhadap isterinya kerana diketahui Meon mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Meon ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Leha tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Leha yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Leha.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

TRAGEDI HOSPITAL BAHAGIA

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.
Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.
“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.
“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.
“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.
“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

PESAKIT BEBAL

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa? Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer

SISTEM FOTOSINTESIS

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.
CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?
DIN : Untuk membuat “tapai” cikgu..
CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!