Sunday 3 June 2012

BLACK MAGIC

Rumahtangga Leha dan Meon selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Meon. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Meon terhadap isterinya kerana diketahui Meon mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Meon ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Leha tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Leha yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Leha.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

No comments:

Post a Comment